Streamyx Vs P1 Wi Max

Posted by erie | | Posted On Monday, December 28, 2009 at 6:41 AM

HAi lama sgt aku tak update blog ni.Aku rase blog aku ni dah bercelaru daah. Mcm 2 aku cerita.Mcm dah lari tajuk pulak. Aku confuse nak pakai streamyx atau Wi Max kat rumah baru aku ni. Lastly aku pakai Streamyx je lah. Thanx kat blogger yang bagi komen kat aku.Tmpat aku pn belum ada Wimax lagi , so aku amik sreamyx Wifi
Aku amix pkj 110 bagi puas hati pakai internet. So kene masuk line telefon dulula. Ingat nak pindh no lama kat rumah baru. No lama dah rmai yang tau.Tapi tak dapat.Alsan org Tm tu pasal no bil telefon ada nama Jabatan Pertanian. Rumah lama tu telefon daftar nama owner lama. So kene orang tu sendiri yang potong .Aku pun tak tau orang tu ada kat mane.Aku malas fikir byk ,pakai je la no baru.Kalau pasang steamyx ada caj rm 88 kalau tm dtg rmh install. Aku rase baik install sendiri jer.Konon nak berjimatlah
Ade satu benda yang aku musykil skt pasal srymyx ni.Aku daftar kat Tm Kluang .Orng tm bgtau dia akan call amik modem.Dalam minggu depannye .Tp sok nye aku terima call dari headquarter tm modem akan sampai rumah . Dlm 2 hari akudh dapat modem headquarter tm.Yang aku musykil pastu dapat call dari Tm Kluang srh amik modem,aku ckapla dah dapat.
Aku pun pgla amik modem ,mana tau dapat lagi cantik ke.Hehe. Same jer dgn modem yang aku dapt ari tu.Kiranya 2 modem la aku dapt.Aku malas nak tanye orng tm tu,Ye la orng dah bagi amik ye la.hehe.
Ok la streaymx ni,puas hati la aku amik pakej ni , mmg laju,pakai wifi pun ok. Dpt 2 modem lagi bestnyer..

Malaysia Win

Posted by erie | | Posted On Friday, December 18, 2009 at 7:24 AM

Akhirnya Malaysia berjaya menang pingat emas dalam masa 20 tahun. lama tu beb. dari umur aku 9 tahun sampai 2009 baru dapat emas. Syabas pada skuad Malaysia kali ni.
Kalau tgk first half, Malaysia macam kene buli dgn Vietnam jer. Kita dapat pegang bola kejap jer.aku 60% vietnam control. Malaysia taktikal macam taak jadi jer. First half memang aku tabik spring kat defend.Walau pun Vietnam control boleh katakan takde cubaan ke arah gol. Aku 1 jer peluang gol vietnam.
Second half aku kagum la dgn taktikal Malaysia .Byak sgt peluang nak dapat gol . Cuma barisan depan masih tumpul. masih tak dapat memanfaatkan peluang yang ada. Goalkeeper vietnam plk sengaja lambat2 permainan bila asyik kene attack dgn Malaysia. Gol Malaysia pun kesilapan defend Vietnam tertampan bola masuk gol sendiri hasil serangan bertali arus Malaysia.
Apapun banyak kelemahan dalam permainan bola kita. Harap2 la ni permulaan kearah yang lebih baik lagi. Apa pu n tahniah Malaysia

Posted by erie | | Posted On Tuesday, November 24, 2009 at 10:55 PM





rak tv simple
LCD LG

2012 movie

Posted by erie | | Posted On Wednesday, November 18, 2009 at 8:07 AM




Alo geng aku masa ni tak boleh nak citer pasal rmh lagi, tunggu bajet. hehe... Buat sikit-sikit. Dah tgk citer 2012. Kalau rase nak citer yang byk speciel effect aku rase baik tengok. Aku biasala kalau tngk wayang kalau citer macam tu mesti aku punya badan beraksi sekali . hehe.macam benda terbang aku pun mengelak sekali.


Ok jugak citer tu , tak mengantuk. Orang ramai giler tgk citer tu. Aku kalau tgk wayang kene tgk citer aksi kalu tak aku bayar tiket free la jwbnya,wayang yang tgk aku.


Terkejut aku ,rupanye ramai nak tgk hari kiamat macam mane berlaku.Aku pergi pun sbb boring duk rumah takde apa nak buat.


Biasala kalau tgk cerita barat ni mesti ada benda tak logik. Mula-mula ok la. tapi bab yang mengelak rekahan dengan api gempa bumi tu memang tak logik. Boleh tak kene plk. Biasala hero mane blh mati.mcm mane pun mesti selamat punya.


Apa pun aku terhibur la tgk citer tu.


P! WiMax

Posted by erie | | Posted On Thursday, November 12, 2009 at 6:52 AM

Ok Ke pakai P1 W1 Max. Iklan gila2 sekarang ni. Aku pakai streamix skarang ni. Kalau ada geng2 yang boleh bagi cadangan.

Posted by erie | | Posted On Monday, November 9, 2009 at 6:19 AM

Hai. lama tak update, ingat nak update hari sabtu malam, tapi aku tengok bola negeri sembilan vs kelantan . Biasanye kalau team liga malaysia aku tak amik port sgt.Final punya fasal aku tengokla. Aku memang harapkan ada perubahan dalam permainan bolasepak kat Malaysia ni.
Malangnye permainan masih same tak ada perubahan. Masih lemah dalam kawalan bola,kelam kabut bila dapat bola, passing bola pun bagi kat sape-sape ntah
Sedih jugak aku tgk hala tuju bolasepak kita.Penonton pun tak dapat kawal emosi. Dah la permainan tak seberapa, penonton mcm tu pulak. Boleh lepas bw mercun kat dalam stadium. Macam takde kawalan daripada pihak berkuasa.
Aku teringin nak tgk pemain kita kreatif di padang, agresif dan bijak mengawal bola.Tak kelam kabut bila terima bola.Passing yang luar biasa, penyerang yang bijak jaringkan gol bukan main langgar je defend lawan. Itu lah bolasepak kita. Terima jer la.....

Posted by erie | | Posted On Thursday, November 5, 2009 at 4:22 AM

masa ni belum pasang roman blind lagi.
orang kedai langsir salah pasang.
Dia pasang langsir biasa jer....Nasib baik ok
tak de charge apa - apa




Posted by erie | | Posted On Tuesday, November 3, 2009 at 3:40 AM


sofa dengan carpet baru beli. Semua kaler brown

Posted by erie | | Posted On Monday, November 2, 2009 at 4:19 AM


kat bilik atas

Posted by erie | | Posted On Saturday, October 31, 2009 at 3:21 AM

Roman Blind di hall utama

Hall atas


Curtain di dining hall























Posted by erie | | Posted On Friday, October 30, 2009 at 7:45 AM





Kat tingkap dapur tak pakai kain langsir tapi pakai jenis aluminium macam kat office. Kalau pakau kain nanti kene air cepatla rosak langsir aku.

Langsir

Posted by erie | | Posted On Thursday, October 29, 2009 at 9:09 AM






Projek seterusnya pasang langsirla. lampu dah pasang langsir baru nak pasang. Tu gambar kat atas tgh pasang langsir ,bukan aku yang pasang orang kedai langsir la pasang. Nama kedai langsir tu fully certain. Aku ambik yang biasa jer. kaler brown ikut tema rumah aku. Atas gambar kat tingkap hall rumah . gambar gelap sikit sebab kamera handphone jer pakai. Aku surver 2 jer kedai langsir .Kedai yang mula-mula aku pergi nak 5 ribu .Nak termuntah aku dengar .Kedai kedua aku pergi kira puas hati banyakla. Harga 2 ribu jer boleh dapat langsir yang sama cantik dengan kedai yang 1st aku pergi. Terus jer order,malas nak pening2 kepala cari kedai lain. Kat Hall utama aku ada pasang roman blank pasal ada tingkap kurus. Aku rasa macam tak sesuai jer buat langsir biasa.




















Dining Hall

Posted by erie | | Posted On Saturday, October 24, 2009 at 9:50 PM

Meja yang baru di beli. Beli meja bulat jer letak kat dining hall. Ade 6 kerusi semuanya . Ok lah bukan ramai pun yang hak duduk rumah ni . Aku tengah fikir nak letak carpet ke tak kat meja aku ni. Kene cari carpet bulat ok kot. Tapi kat kedai carper macam takde jer carpet bulat. Anyway aku biar dulu la macam tu tak payah letak carpet.

Posted by erie | | Posted On Monday, October 12, 2009 at 8:09 AM














wiring rumah

Posted by erie | | Posted On Thursday, October 8, 2009 at 7:54 AM






Rumah ni tak byk point . kat hall utama ada 3 point jer . So aku cari wireman nak tambah point. Banyak jugak aku tnya cotation. Terkejut aku ada yang minta sampai 5 ribu beb . Lagi mahal dari buat plaster siling. Lastly ada aku amik yang 2 ribu lebih jer. Aku tambah point air con kat hall bawah dengan master bed room. Bilik sendiri kene grand sikitla. bilik air semua aku pasang point heater,lagi aku tambah point telefon dengan tv hall atas dan bawah. pastu point lampu downlight semua bilik dengan plaster siling L Box. Ada la tambah point untuk 2 lampu dinding dengan kipas.




Posted by erie | | Posted On Tuesday, September 29, 2009 at 8:02 AM

Hi!!' Dah lama dah aku tak update blog ni. 2,3 bulan ni aku sibuk sikit .Dalam sibuk tu ada la sikit progress rumah aku. Anyway kali ni aku tak serta kan gambar . Next blog baru aku tunjuk kat korang gambar rumah aku. Mesti ramai tertunggu-tunggu apa progress seterusnya rumah aku ni. Banyak idea nak buat kat rumah ,sampai jadi pening kepala dibuat nye. Pas tu bajet banyak dah lari kat rumah ni. Bila la eric nak datang dapat jugak perabut,LCD free.Tak payah nak pening kepala nak design rumah aku ni.Pastu dapat makan secret recepi lagi. Hehe

ligting

Posted by erie | | Posted On Saturday, August 1, 2009 at 12:16 AM


gambar atas tu lampu and kipas untuk dining hall. tengok dinding tu masa belum cat lagi kesan dari wiring. yang bawah plak gambar lampu dengan kipas kat living hall. simple jer dah la. lam. downlight pakai yg petak. aku buat siling style L box. nampak moden sket. tu pun last minit tukar. nasib cina cornice tu tak buat keje lagi, kalau tak dia buat la yg ade skirting bagai tu hehe. inspirasi dari blogger lain. aku tengok umah dier cantik wat Lbox ni, so aku pun ambik la idea die. tapi harga dier sudah kire lain la hehe. ada tambah sket...

Posted by erie | | Posted On Friday, July 31, 2009 at 11:46 PM







Dapur dah siap dah. Buat dapur simple jer. Aku pilih warna brown dgn putih coz matching dengan tiles and warna dinding. kire ni memang warna dapur impian aku la hehe. proses develop dapur ni makan masa dalam beberapa jam je. yg lama tu bab nak tukar2 design coz nak dapatkan bajet yg sesuai. dapur kecik so tak leh nak design macam2 sgt, nanti jadi lagi sempit plak. plan memang nak letak kaunter tengah dapur pun macam menghalang laluan, jadi untuk menunaikan impian aku, Angie (the designer) letak rapat ke dinding sebelah fridge. masa diorang pasang dapur ni aku tengok gak la. memang laju dia buat keje. selamba aje panjt atas kabinet tu. aku lak yang ngeri tengok. dalam 4, 5 jam kot dah siap. so inilah hasilnya. boleh la untuk permulaan. ini pun kos cecah dalam rm5k gak. fuh, nasib sbb aku buat dapur ni kayu tgh mahal. besi lak yg turun harga. dulu time aku buat grill besi tgh melambung. hehe. nasib badan ek

Posted by erie | | Posted On Wednesday, July 29, 2009 at 8:21 AM



Sebelum nak buat dapur ,aku dah beli peti sejuk dulu. Senang kalau dapur dah siap boleh masuk terus. Aku beli brand samsung. Tak ingat pulak harga,kalau tak silap rm1200. Banyak tempat aku survey nak cari peti sejuk ni. Ni la yang paling sesuai.Tak besar sangat dan tak kecik sangat.Lagipun dapur rumah aku kecik jer. Peti sejuk ni beli sekali dengan washing machine dengan dapur elba.

dapur.

Posted by erie | | Posted On Sunday, July 26, 2009 at 8:41 AM




Ni bahagian dapur rumah aku. Kecik jer dapur aku. Masalah jugak nak buat dapur ni. Bila tengok ruang dapur ni, rasa tak dapat la nak buat meja kat bahagian tengah dapur. Sebelah tu ruang dapur . Kotak kecik kat tingkap tu dapur jenama elba. Beli satu set dengan penyedut minyak lebih kurang rm 500. Sebelah tu gambar aku tengah cari idea buat dapur sambil pegang 'washing machine' (antara barang terawal yang aku beli). Aku beli brand panasonic 7kg harga rm 700.
Aku fikir-fikir baik pergi kedai kitchen tanya design yang latest pastu boleh bincang harga.

Posted by erie | | Posted On Sunday, July 12, 2009 at 8:31 AM

Sambung pasal grill. Grill ni ambik masa 2 minggu jugak baru siap. Bila dah siap tu terpandang pulak grill rumah sebelah dengan depan rumah.Saja nak banding grill sape paling cantik. Mestila rumah aku paling cantik. Saje nak sedapkan hati.Hehe...(Rumah sebelah wrought iron).
Bila grill dah siap, aku plan pulak untuk projek ke 2. Dalam kepala aku ni 3 benda nak buat. nak pasang dapur dulu ke, plaster siling atau lampu. Ambik masa lama jugak la nak fikir tu. Sebulan jugak nak fikir projek kedua ni. Aku ambik keputusan pasang dapur dulula. Pastu baru plaster siling dengan wiring lampu serentak. So tunggu citer aku esok...........

Grill

Posted by erie | | Posted On Saturday, July 11, 2009 at 5:48 AM







Benda pertama yang aku buat kat rumah ni ialah pasang grill. takut jugak kalau tak pasang nanti ada orang ambik wayar elektrik. Tak pasal-pasal tambah kos wiring pulak.

Aku pasang grill biasa jer, simple. Simple pun banyak jugak duit hangus pasang grill jer.Maklumla rumah corner lot ni banyak tingkap dengan pintu kene pasang.Sliding door je dah tigaKira-kira 5 ribu lebih jugakla untuk grill jer.Masa tu besi tengah melambung . Nak tak nak buat je la. .Mula-mula nak pasang grill wraught iron,fikir-fikir balik tak jadi la.. Kalau tengok gambar tu grill takde bunga.Aku tak minat grill berbunga ni. Cuma kat pintu je ade bunga sikit.Warna grill pun semua sama warna brown. Puas hati la dengan apek yang buat grill aku ni kemas. Tak nampak skru pun. Ntah camne dia buat.

Posted by erie | | Posted On Monday, July 6, 2009 at 5:13 AM









Rumah aku ni ni end lot.So adala tanah sikit kalau nak bercucuk tanam ke. Aku fikir nak buat landskap.Tu yang ambik rumah end lot. Baru je racun rumput. Nampak la ok sikit. Kalau tak dah boleh buat hutan simpan dah. Hehe

Posted by erie | | Posted On Monday, June 22, 2009 at 10:40 AM








Sambung tengok gambar rumah retak. Ngeri tengok rumah ni .Dalam rumah pun teruk jugak. Kira ok jugak ada seni abstrak kat rumah aku. Pemaju pun bagus.Aku tak check lagi diorang dah repair dulu.Ok la tu ,aku pun tak perasan ada retak . Maybe memang mcm ni lakot kalau ada orang nak beli rumah pemaju akan repair apa-apa yang problem. Ni kira peringkat awal la masa aku dah dapat kunci rumah. Letrik dengan air belum pasang lagi kot. Tak Ingatla.

Bocor

Posted by erie | | Posted On Saturday, June 20, 2009 at 10:22 PM


Sebelum aku nak design rumah ni aku check ada bocor kat siling bilik air utama.Aku punsuruh pemaju betulkan Lama jugak la nak repair.Sebulan lebih baru ok bilik air tu. Kat luar rumah pun ada retak-retak sikit .Tu yang bercorak rumah aku bila pemaju repair rumah . Kat dalam pun ada jugak sikit. Sekarang dah ok dah. Sebelum buat apa-apa aku nak pastikan tak ada masalah. Nanti dah masuk barang susah pulak baiki.

Seni reka

Posted by erie | | Posted On Thursday, June 18, 2009 at 1:27 AM




Bila aku dah beli rumah,pemaju pun check la rumah aku. Mana tau ada rosak ke. Memang ada pun. Tengokla rumah kat sebelah tu. Macam -macam corak ade. Kat luar ada kat dalam pun ada. Kalau first time tengok rumah aku,mesti korang ingat rumah tu memang kaler macm tu(mcm air brush la konon)Hehe. Aku pun terperanjat tengok rumah aku jadi macam tu.

Rumah dan Kereta

Posted by erie | | Posted On Tuesday, June 16, 2009 at 5:53 AM


Sambung citer semalam. memang best kalau ade rumah sendiri ni. Macam-macam plan kat kepala nak design rumah ni. Tapi kene tunggu bajet dulu. Maklumla besar jugak bajet nak masuk rumah baru ni. Sampai rumput pun dah jadi lalang(lagi tinggi dari aku)hehe. Kalau tengok gambar kereta tu,mcm best jer park kat depan rumah , Rase mcm matching jer dengan rumah aku .Hehe

rumah baru

Posted by erie | | Posted On Monday, June 15, 2009 at 8:00 AM


Rumah ni dah lama jugak aku beli bulan 1 tahun 2008.Bulan 5 baru dapat kunci .Tapi tak buat apa-apa pun. . Setahun Jugak rumah ini tak di upgradekan. Cuma pasang letrik dengan air jer. Itu pun pemaju yang suruh pasang kalau tak harga naik. Aku redah jer beli rumah ni. Kalau beli lambat-lambat nanti harga rumah naik. Dah beli rumah ni kene bajet la dalam aku punyaer perbelanjaan. Tak kisah laa yang penting salah satu impian aku dah tercapai.Hehe....