Acai Berri : Khasiat Yang Luarbiasa

Posted by erie | | Posted On Tuesday, May 31, 2011 at 2:56 AM


Acai Berri? First time aku dengar buah ni. Mungkin orang lain dah biasa dengar.Aku jer tak pernah dengar. Kalau tengok gambar macam buah anggur pun ada.Nama pun pelik .Berri tu biasa dengar. Tapi 'acai' tu first time dengar(macam nama apek jual sayur jer)he he . Buah ni yang aku tahu memang tak ada kat negara kita ni. Buah ni ada kat sebelah amazon. Memang makanan utama orang asli kat sana.
Aku pun nak tau punya pasal bukak la web-web berkaitan buah acai ni. Memang banyak khasiat buah ni. Patutla orang asli kat sana umur panjang-panjang. Aku senaraikan khasiat buah acai hasil aku punya explore.

1: Mengurangkan Penuaan

2: Tidur Dengan Lebih Nyenyak

3: Meningkatkan Tahap Tenaga

4: Mengurangkan Kolesterol

5: Acai Memulihkan Kesihatan Seks

6: Acai Membantu Mengurangkan Berat Badan Anda

7. Acai Membantu Mengurangkan Tahap Stres Anda

8: Acai Memudahkan Pusingan Haid Wanita

9: Acai Membantu Anda Melawan Kedutan

10: Menguatkan Gigi

11: Dan Penglihatan Anda!

12: Membantu Tona/Warna Kulit Anda

13: Melindungi Salur Darah

14: Akan Memulihkan Ketahanan Terhadap Penyakit

15: Memulihkan Lipid Dan Glukos

16: Menyahtoksin Dan Membersihkan Badan

17: Dapat Membantu Menyembuhkan Ulser

Kalau ikutkan banyak khasiat buah acai ni .Aku dah tak larat nak taip .maklumlah merangkak-rangkak menaip .Maybe lepas makan buah ni, aku taip lagi laju kot Hehe.

Dalam banyak-banyak khasiat yang aku baca, yang paling utama khasiat acai ni ialah untuk menguruskan badan dan anti penuaan. So apa lagi jom kita cari produk acai ni.

Info lanjut: KLIK

Wiring - Tambah point

Posted by erie | | Posted On Tuesday, May 24, 2011 at 8:28 AM

Aku nak cerita sikit tentang tip terbaik berkaitan wiring rumah. Ini berdasarkan pengalaman aku sendiri dan kawan-kawan.
Untuk rumah yang belum siap atau pun dalam pembinaan, anda boleh minta kontraktor mengubah atau menambah point tanpa di kenakan bayaran. Tapi kalau rumah dah siap, kalau nak ubah atau tambah point,siap sedialah dengan duit sekurang-kurangnya RM 1000. Lagi banyak penambahan atau ubah suai ,lagi banyaklah kosnya.
First yang kena buat mesti plan kat mana kedudukan perkakasan elektrik . Kemudian check point sama ada atau kedudukan terlalu jauh dengan perkakas elektrik tadi. Contohnya tv,dimanakah kedudukan yang sesuai,adakah tempat tv yang anda plan tadi ada point atau kedudukan agak jauh. Cadangan saya, untuk tv perlu pasang sekurang-kurangnya 3 soket .Bukan apa, banyak soket nak guna seperti tv,astro, dvd player dan sebagainya.dan untuk lebih kemas kedudukan soket berada betul-betul di belakng tv supaya wayar tv tidak kelihatan. Ok itu tip untuk tv. Yang lain aku sambung esok

Yes Shaklee

Posted by erie | | Posted On Monday, May 23, 2011 at 8:44 AM


Kalau tengok tajuk yang aku buat mesti ramai yang ingat aku ni pengguna shaklee atau agen produk tersebut. Aku tak pernah pun guna produk tersebut. Cuma aku baca dalam blog .Macam mane aku boleh masuk link shaklee pun aku tak ingat. Tapi ada sesuatu yang istimewa bila aku baca blog tentang bisnes shaklee ni. Daripada produk, kepercayaan syarikat terhadap semua pelanggan,dan yang lebih penting ialah bimbingan yang berterusan dari mereka yang telah berjaya dengan bisnes shaklee .aku yakin inilah perniagaan yang akan memberi sesuatu yang positif di masa depan.


ShakleeTrialPack.com sering muncul di majalah Pa&Ma hasil sokongan pengguna setianya. Selain khidmat sokongan yang begitu memuaskan, kami juga menjanjikan hadiah agar lebih nilai kepada wang anda. Lawati ShakleeTrialPack.com hari ini atau hubungi terus Mommy Lyna (pengasas) di talian 012-2811136.

Selamat Hari Guru 2011

Posted by erie | | Posted On Tuesday, May 17, 2011 at 12:25 AM


Hadiah untuk Guru Pentadbir

Kenaikan pangkat guru diberi nafas baru

KUCHING 16 Mei - Warga pendidik kini boleh menikmati lonjakan gred dalam perkhidmatan melalui kaedah kenaikan pangkat yang diberi nafas baru melibatkan pengenalan konsep Guru Wibawa dan Pendeta Guru bermula 1 Januari 2012.

Perdana Menteri, Datuk Seri Najib Tun Razak ketika mengumumkan perkara itu berkata, menerusi kaedah itu guru akan dikategorikan mengikut empat lapisan jawatan iaitu Guru Biasa, Guru Kanan, Guru Wibawa dan Pendeta Guru.

Menurutnya, melalui konsep Guru Wibawa dan Pendeta Guru, laluan kerjaya guru yang terlibat dalam aspek pengajaran dan pembelajaran (PDP) akan diperluaskan sehingga ke Gred 54 dalam tempoh perkhidmatan 25 tahun dengan memenuhi tahap kecemerlangan serta lain-lain syarat yang ditetapkan Lembaga Kenaikan Pangkat Perkhidmatan Pendidikan.

"Kewujudan empat lapisan jawatan tersebut akan membolehkan peningkatan ke gred yang lebih tinggi berdasarkan kecemerlangan," katanya.

Beliau berkata demikian menerusi rakaman video yang ditayangkan pada Perayaan Hari Guru Peringkat Kebangsaan Ke-40 yang dilancarkan oleh Timbalannya yang juga Menteri Pelajaran, Tan Sri Muhyiddin Yassin di sini hari ini.

Sambutan bertemakan Guru Penjana Transformasi Pendidikan Negara itu turut dihadiri isteri Timbalan Perdana Menteri, Puan Sri Noorainee Abdul Rahman; Ketua Menteri, Tan Sri Abdul Taib Mahmud dan isteri, Puan Sri Ragad Kurdi Taib serta 4,000 warga pendidik dan tetamu jemputan.

Perdana Menteri turut mengumumkan bahawa mana-mana guru yang menunjukkan kecemerlangan seperti ditetapkan oleh lembaga tersebut boleh mencapai Gred Khas C dan ke atas sebelum bersara.

Katanya, bagi guru-guru yang tidak dinaikkan pangkat ke Gred Khas, mereka masih berpeluang untuk menikmati Pergerakan Gaji Tahunan.

"Untuk itu, kerajaan bersetuju menambah lagi jawatan Gred Khas C bagi laluan PDP sebanyak 100 peratus menjadi 72 jawatan berbanding 36 jawatan sedia ada di bawah konsep Guru Wibawa dan Pendeta Guru," katanya.

Beliau turut mengumumkan persetujuan kerajaan untuk menaikkan gred jawatan semua Pengetua Sekolah Menengah Gred DG48 ke Gred DG52 yang melibatkan 1,228 jawatan.

Katanya, semua Guru Penolong Kanan (GPK) Pentadbiran, Hal Ehwal Akademik dan Kokurikulum Sekolah Menengah Gred DG44 pula dinaikkan ke Gred DG48, melibatkan 6,585 jawatan.

"Seterusnya, semua GPK Pentadbiran, Hal Ehwal Akademik dan Kokurikulum di sekolah rendah Kluster dinaikkan dari Gred DGA32 ke Gred DGA34 yang melibatkan sejumlah 99 jawatan," katanya.

Ulasan. Yang paling beruntung ialah guru yang ada jawatan besar seperti Pengetua/Guru besar, GPK dan guru kanan. Guru biasa dapat pergerakan gaji biasa.