Wiring - Tambah point

Posted by erie | | Posted On Tuesday, May 24, 2011 at 8:28 AM

Aku nak cerita sikit tentang tip terbaik berkaitan wiring rumah. Ini berdasarkan pengalaman aku sendiri dan kawan-kawan.
Untuk rumah yang belum siap atau pun dalam pembinaan, anda boleh minta kontraktor mengubah atau menambah point tanpa di kenakan bayaran. Tapi kalau rumah dah siap, kalau nak ubah atau tambah point,siap sedialah dengan duit sekurang-kurangnya RM 1000. Lagi banyak penambahan atau ubah suai ,lagi banyaklah kosnya.
First yang kena buat mesti plan kat mana kedudukan perkakasan elektrik . Kemudian check point sama ada atau kedudukan terlalu jauh dengan perkakas elektrik tadi. Contohnya tv,dimanakah kedudukan yang sesuai,adakah tempat tv yang anda plan tadi ada point atau kedudukan agak jauh. Cadangan saya, untuk tv perlu pasang sekurang-kurangnya 3 soket .Bukan apa, banyak soket nak guna seperti tv,astro, dvd player dan sebagainya.dan untuk lebih kemas kedudukan soket berada betul-betul di belakng tv supaya wayar tv tidak kelihatan. Ok itu tip untuk tv. Yang lain aku sambung esok

Comments:

There are 0 comments for Wiring - Tambah point

Post a Comment