Air Makin Teruk Kat Kluang

Posted by erie | | Posted On Wednesday, March 10, 2010 at 7:05 AM

Air di Kluang skarang sangat kritikal. Dah masuk 3 hari takde air. Kalau ikut jadual 2 hari ada air 1 hari takde. Skrang dah teruk sangat. Empangan Sembrong semakin kering. Kat negara kita ni ,aku rase Kluang paling teruk.Tempat lain masih dapat air lagi. Tghhari tadi ada sekejap. aku rase dalam sejam. Tu pun air perlahan. Masuk dalam tangki sikit jer sebab tekanan rendah sgt. Aku pun apa lagi,basuhla pinggan mangkuk ,kuali yang dah penuh dalam sinki tu. Habis jer basuh, air terus tak keluar. Aku baru jer nak tadah air minum.
Blk keje tadi aku terus check paip luar. Air keluar dgn laju. Apa lagi aku pun bukak penapis air msuk dalam bekas 5 liter. Baru jer habis sebotol ,air terus perlahan dan stop. Frust nyerrrr.
Ni tak blh jadi aku pun cari bekas nak simpan air kat kedai hardware. Terkejut aku, harga melambung. Memang ambik kesempatan apek ni . Biase harga rm 30 jadi rm 50. Beli jugakla . Dah terdesak sgt dah.
Skrng ni aku tgh menunggu bila la air nak kluar.....

Comments:

There are 0 comments for Air Makin Teruk Kat Kluang

Post a Comment