Posted by erie | | Posted On Monday, June 22, 2009 at 10:40 AM








Sambung tengok gambar rumah retak. Ngeri tengok rumah ni .Dalam rumah pun teruk jugak. Kira ok jugak ada seni abstrak kat rumah aku. Pemaju pun bagus.Aku tak check lagi diorang dah repair dulu.Ok la tu ,aku pun tak perasan ada retak . Maybe memang mcm ni lakot kalau ada orang nak beli rumah pemaju akan repair apa-apa yang problem. Ni kira peringkat awal la masa aku dah dapat kunci rumah. Letrik dengan air belum pasang lagi kot. Tak Ingatla.

Bocor

Posted by erie | | Posted On Saturday, June 20, 2009 at 10:22 PM


Sebelum aku nak design rumah ni aku check ada bocor kat siling bilik air utama.Aku punsuruh pemaju betulkan Lama jugak la nak repair.Sebulan lebih baru ok bilik air tu. Kat luar rumah pun ada retak-retak sikit .Tu yang bercorak rumah aku bila pemaju repair rumah . Kat dalam pun ada jugak sikit. Sekarang dah ok dah. Sebelum buat apa-apa aku nak pastikan tak ada masalah. Nanti dah masuk barang susah pulak baiki.

Seni reka

Posted by erie | | Posted On Thursday, June 18, 2009 at 1:27 AM




Bila aku dah beli rumah,pemaju pun check la rumah aku. Mana tau ada rosak ke. Memang ada pun. Tengokla rumah kat sebelah tu. Macam -macam corak ade. Kat luar ada kat dalam pun ada. Kalau first time tengok rumah aku,mesti korang ingat rumah tu memang kaler macm tu(mcm air brush la konon)Hehe. Aku pun terperanjat tengok rumah aku jadi macam tu.

Rumah dan Kereta

Posted by erie | | Posted On Tuesday, June 16, 2009 at 5:53 AM


Sambung citer semalam. memang best kalau ade rumah sendiri ni. Macam-macam plan kat kepala nak design rumah ni. Tapi kene tunggu bajet dulu. Maklumla besar jugak bajet nak masuk rumah baru ni. Sampai rumput pun dah jadi lalang(lagi tinggi dari aku)hehe. Kalau tengok gambar kereta tu,mcm best jer park kat depan rumah , Rase mcm matching jer dengan rumah aku .Hehe

rumah baru

Posted by erie | | Posted On Monday, June 15, 2009 at 8:00 AM


Rumah ni dah lama jugak aku beli bulan 1 tahun 2008.Bulan 5 baru dapat kunci .Tapi tak buat apa-apa pun. . Setahun Jugak rumah ini tak di upgradekan. Cuma pasang letrik dengan air jer. Itu pun pemaju yang suruh pasang kalau tak harga naik. Aku redah jer beli rumah ni. Kalau beli lambat-lambat nanti harga rumah naik. Dah beli rumah ni kene bajet la dalam aku punyaer perbelanjaan. Tak kisah laa yang penting salah satu impian aku dah tercapai.Hehe....