Posted by erie | | Posted On Friday, July 31, 2009 at 11:46 PM







Dapur dah siap dah. Buat dapur simple jer. Aku pilih warna brown dgn putih coz matching dengan tiles and warna dinding. kire ni memang warna dapur impian aku la hehe. proses develop dapur ni makan masa dalam beberapa jam je. yg lama tu bab nak tukar2 design coz nak dapatkan bajet yg sesuai. dapur kecik so tak leh nak design macam2 sgt, nanti jadi lagi sempit plak. plan memang nak letak kaunter tengah dapur pun macam menghalang laluan, jadi untuk menunaikan impian aku, Angie (the designer) letak rapat ke dinding sebelah fridge. masa diorang pasang dapur ni aku tengok gak la. memang laju dia buat keje. selamba aje panjt atas kabinet tu. aku lak yang ngeri tengok. dalam 4, 5 jam kot dah siap. so inilah hasilnya. boleh la untuk permulaan. ini pun kos cecah dalam rm5k gak. fuh, nasib sbb aku buat dapur ni kayu tgh mahal. besi lak yg turun harga. dulu time aku buat grill besi tgh melambung. hehe. nasib badan ek

Posted by erie | | Posted On Wednesday, July 29, 2009 at 8:21 AM



Sebelum nak buat dapur ,aku dah beli peti sejuk dulu. Senang kalau dapur dah siap boleh masuk terus. Aku beli brand samsung. Tak ingat pulak harga,kalau tak silap rm1200. Banyak tempat aku survey nak cari peti sejuk ni. Ni la yang paling sesuai.Tak besar sangat dan tak kecik sangat.Lagipun dapur rumah aku kecik jer. Peti sejuk ni beli sekali dengan washing machine dengan dapur elba.

dapur.

Posted by erie | | Posted On Sunday, July 26, 2009 at 8:41 AM




Ni bahagian dapur rumah aku. Kecik jer dapur aku. Masalah jugak nak buat dapur ni. Bila tengok ruang dapur ni, rasa tak dapat la nak buat meja kat bahagian tengah dapur. Sebelah tu ruang dapur . Kotak kecik kat tingkap tu dapur jenama elba. Beli satu set dengan penyedut minyak lebih kurang rm 500. Sebelah tu gambar aku tengah cari idea buat dapur sambil pegang 'washing machine' (antara barang terawal yang aku beli). Aku beli brand panasonic 7kg harga rm 700.
Aku fikir-fikir baik pergi kedai kitchen tanya design yang latest pastu boleh bincang harga.

Posted by erie | | Posted On Sunday, July 12, 2009 at 8:31 AM

Sambung pasal grill. Grill ni ambik masa 2 minggu jugak baru siap. Bila dah siap tu terpandang pulak grill rumah sebelah dengan depan rumah.Saja nak banding grill sape paling cantik. Mestila rumah aku paling cantik. Saje nak sedapkan hati.Hehe...(Rumah sebelah wrought iron).
Bila grill dah siap, aku plan pulak untuk projek ke 2. Dalam kepala aku ni 3 benda nak buat. nak pasang dapur dulu ke, plaster siling atau lampu. Ambik masa lama jugak la nak fikir tu. Sebulan jugak nak fikir projek kedua ni. Aku ambik keputusan pasang dapur dulula. Pastu baru plaster siling dengan wiring lampu serentak. So tunggu citer aku esok...........

Grill

Posted by erie | | Posted On Saturday, July 11, 2009 at 5:48 AM







Benda pertama yang aku buat kat rumah ni ialah pasang grill. takut jugak kalau tak pasang nanti ada orang ambik wayar elektrik. Tak pasal-pasal tambah kos wiring pulak.

Aku pasang grill biasa jer, simple. Simple pun banyak jugak duit hangus pasang grill jer.Maklumla rumah corner lot ni banyak tingkap dengan pintu kene pasang.Sliding door je dah tigaKira-kira 5 ribu lebih jugakla untuk grill jer.Masa tu besi tengah melambung . Nak tak nak buat je la. .Mula-mula nak pasang grill wraught iron,fikir-fikir balik tak jadi la.. Kalau tengok gambar tu grill takde bunga.Aku tak minat grill berbunga ni. Cuma kat pintu je ade bunga sikit.Warna grill pun semua sama warna brown. Puas hati la dengan apek yang buat grill aku ni kemas. Tak nampak skru pun. Ntah camne dia buat.

Posted by erie | | Posted On Monday, July 6, 2009 at 5:13 AM









Rumah aku ni ni end lot.So adala tanah sikit kalau nak bercucuk tanam ke. Aku fikir nak buat landskap.Tu yang ambik rumah end lot. Baru je racun rumput. Nampak la ok sikit. Kalau tak dah boleh buat hutan simpan dah. Hehe